Dia datang tak diundang
Sekelip mata semua hilang
Berlari anak lintang pukang
Apa yang terjadi begitu saja
Seolah menerima seadanya
Musnah,hancur tembok batu
Tiada kekal begitu
Berkecai,berbelah retak seribu
Akibat nafsu beribu
Dibiar kaku tanpa dibantu
Kelam kabut jiwa manusia
Kerana gigitan syaitan semata
Parut hitam berbekas lama
Mengaburi mata menguris cinta
Dibiar dalam tajuk cerita
Kini dia jauh pergi
Dibiar kekal kesan abadi
Dia pergi tak dihantar pulang
Kerananya habis kecundang
Kemusnahan tidak terbilang
Tsunami kejamnya kau datang
No comments:
Post a Comment