Pasukan Bola Tampar

Pasukan Bola Tampar

Wednesday, July 18, 2012

Imaginasi ku....

Mampu terbang jauh....
Jika ada sayap ilusi...
Namun halangan yang berduri mampu ku tempuh...
Jika mampu berimaginasi....

Kadang terlanjur...
bukan baik sangka tidak pula mengaku jujur...
Bermain jiwa...
Lantas aku tewas kerana kata-kata nista...

Aku bukan seperti mu...
Aku juga tak mengaku aku...
Sebaliknya diri ini bukan milikku...
Dia Yang Berkuasa....
Dia Yang MahaEsa.....

Tinggi Imaginasi ku
lagi tinggi fantasi ku.....

Hasil Nukilan:Tam Adlie





Wednesday, March 2, 2011

Hujan ditutup awan

Aku terlalu mencintai dia sampai aku tak mampu nak hilangkan bayangan tentang dirinya.Aku hanya mampu memaafkan kesalahan dia pada aku.

Sunday, December 19, 2010

Tersalah mencintai

Diatas pemergian mu aku mampu berdiri sendiri.Aku mengerti tersalah mencintai.Kerana diri mu aku telah hilang yang amat aku sayangi.Kini aku sepi tiada cinta dan tiada bermakna tanpa cinta.

Wednesday, July 8, 2009

Beratur dulu

Beratur baru teratur
Hebat bertutur
Hujah kau lemah
Cakap kau payah

Beratur dulu ikut giliran
Jangan main ikut dan
Sebat yang kau dapat
Baru kau rasa hebat...

Tuesday, June 23, 2009

Serba salah ku
Untuk menerima mu
Bukan tidak mencintai
Ku takut melukai

Serba salah ku
Untuk mencintai mu
Takut diri ini berdusta
Risau kau turut terluka

Mengertilah
Fahamilah
Beri aku masa
Untuk mu segalanya

Andai membaca puisi ini
Mengerti isi hati....

Thursday, June 18, 2009

Bengang

Bengang aku cara mu
Mendesak aku
Membebankan aku
Ku pikul dibahu ku...

Marah mu
Ego mu
Cari salah ku
Kau Buat aku
Dalam tekanan prasa mu

Bengangnya aku
Bingungnya aku
Yang betul
Jadi tak betul...
Memang tak teratur...

Beban dibahu
Beban dikepala ku
Sakit hati ku
Merana jiwa ku...

Aku rasa tak puas hati aku pada bos aku tu..
Celaka betul....

Akulah itu

Malam-malam sendiri
Sunyi
sepi
kau tiada disisi

Hilang tak ku cari
pengganti
Tiada di sini
Ku sendiri

Hati tak mengerti
Berdebar
Sabar
Menunggu ku pasti

Aku sendiri
Aku sepi
Siapa mahu menemani
Siapa mahu disisi

Aku tahu
Aku mahu
Aku dan aku
Akulah itu

Bakat

Aku bercita-cita nak jadi pelawak terkenal...tapi pe la harapan yang ada pada aku...nak jadi pelawak kena idea lawak yang banyak,serta lawak yang tak pernah pelawak-pelawak kat Malaysia pakai lagi...susah sekarang nak fikir selalunya lawak aku spontan ja bila lepak dengan kawan2 aku...Nak bagi orang ketawa bukannya senang...kalau pelawak dulu2 pelakon hitam putih buat memek muka dah nampak lawak dia...Tapi sekarang kena pandai bercakap sambil berlawak...pe2 pon jangan biar kentut itu berbunyi....

Monday, June 15, 2009

Aku

Aku kadang-kadang terfikir mencari pasangan hidup,tapi dalam usia aku yang masih muda nie aku rasa baik aku tak tak payah fikir sangat.Ye la aku nie sapa nak, mencari awek cun rupa tak ada.Kalau ada pun mesti perempuan tu buta sebab boleh tengok aku macam tu.Tak apa la nak buat macam mana sabar jela.Aku je lelaki tak laku...

Satu(Kami hamba mu)

Dikala sepi
Ku bersendiri
Berdiri aku
Dari sudut itu
Merasai indahnya ciptaan mu

Walaupun aku
Tak melihat mu
Namun aku
Merasai kau
Ada dalam hati ku

Hanya mampu
Tadah dan berdoa
Moga doa ku
diterima....

Jiwa ku milik mu
Hati ku milk mu
Kosong jiwa ku
Kerana sering melupakan mu
Kerana sering mengabaikan mu

Hanya kau yang satu
Tuhan ku yang satu
Aku hamba mu
Kami hamba mu