Pasukan Bola Tampar

Pasukan Bola Tampar

Thursday, February 26, 2009

Dah jumpa tapi tak nampak

Kerja aku macam biasa la,mat Despatch.Kisah nie berlaku waktu aku nak gerak pergi Petaling Jaya.Alamat syarikat swasta nie memang agak-agak pelik sikit Three 'o' clock Tango SDN BHD.Pening jugak nak syarikat tango yang satu nie.Pusing punya pusing tak jumpa lagi.Tawaf pun tak jumpa juga .Selepas itu aku pun jumpa la dengan mak cik jual goreng pisang.Aku sebenarnya malu nak tanya tapi sebagai MAT DESPATCH yang berjaya aku pun tanya kat dia...

Aku:Mak Cik boleh saya tanya tak?Alamat nie kat mana?
Mak Cik:Oo...Alamek nie sonang jo...nie hah ket dopan nia hah..apo ekau buto ko..
Aku:Ye ke..alamak dah tiga kali tawaf pun tak jumpa..mak cik sekejab jer dapat jumpa..
(dengan control jamu dan remote control aku pun pergi dari mak cik dengan wajah yang ketat)


Tu jer citer aku...sebagai Mat despatch kena tau semua alamat kat kawasan lembah klang dan k.l nie...

Terpatri abadi

Kau beri ku kekuatan
Menempuh sirna kehidupan
Kau ibarat nur dihati
Kekal terpatri abadi

Cinta ku takkan mati
Selagi hayat disini
kau ku cintai
Malam-malam ku sunyi
Tanpa kau menemani...

Doa ku moga
Kekal berdua
Kasih yang tercipta
Aku mendambakan cinta..
Buat selamanya bersama....

Nama mu kekal terpatri
Tersimpan erat dalam hati..
Takkan dicari lagi...
Mengertilah perasaam ini....

P/s:kejarlah cinta selagi ada...

Terlepas cinta


Maafkan aku
Lambat melafazkan cinta
Lama ku simpan
Terus menjadi beban

Tertanya...
Tertunggu...
Haruskah aku
Yang akan mulakan dulu..

Memang aku cinta kamu
Memang aku sayang kamu
Kini aku terlambat
Sungguh sudah tak sempat

Ku terlepas cinta
Ku kejar cinta
Yang tak dapat...
Memang aku takut....

Dikala lilin menyala

Ku dihimpit memori lalu
Lantas membinasakan diri ku
Perjalanan hidup...yang hitam
Lalu ku genggam
Menjadi abu yang berdebu

Ditirai besi ini menghulur kaku
Tak berdaya...menmbinasakan aku
Dikala lilin menyala
Masihkah ada harapan
Segalanya mengharap harapan....

Tuhan maafkanlah dosa ku
Yang pernah kaku dilorong berdebu
Yang pernah melupakan sejadah
Penyesalan yang tak sudah
Hati ku hitam
Jiwa ku legam
Perasaan ku suram

Kini ku tak mampu
Hanya berserah pada mu
Tuhan yang satu
Dikala lilin menyala
Masihkah ada...
Harapan yang menyala
Dalam tirai senja.....

Wednesday, February 25, 2009

karim lari karim(Maknyah yang dah tak nyah)

Kisah nie berlaku pada tahun 2007,aku dah lupa tarikh dia...waktu tu motor aku pancit kat jalan Chowkit k.l tepi jalan la ...takkan nak dok kat tengah kot..kena langgar sia-sia jer .Waktu tu dalam pukul 11 malam,waktu tu ada 2 orang maknyah dok berniaga ala macam tak faham pulak.Pada waktu yang sama ada JAIS buat serbu kat situ.Maknyah yang pertama nie lari lipat skirt dia dah macam hero filem tamil sambil menjerit kat kawan dia ''Karim lari Karim"ambil kau terkeluar suara jantan dia,tadi bukan main kontrol ayu.Aku yang tengah bukak tayar motor terguling-guling ketawa..

Mimie



Lagu ini ku tuju khas buat kamu

Syed Mana Syed

Aku ada kawan,dia kerja kat tingkat 4 satu office dengan aku,dia selalu hilang, kerja mat despatch macam aku jugak...satu hari bos dia cari dia waktu tu dia kerja dengan aku kat bawah,bila boss dia cari dia..kawan-kawan dia cakap dia ada kat bawah,bos dia pulak cari dia kat bawah meja ingat dia tidur,padahal dia ada kat bawah tingkat 3 dengan aku...syed mana syed.....

Senyum

Senyum mu penyeri
Kurniaan ilahi
Tenang ku berhari-hari
Melihat kau berlari

Ku rasa sempurna
Kau membesar didepan mata
Kejar cita-cita mu
Selagi tiada yang ragu...

Kini senyum mu tiada lagi
Tiada yang tinggal lagi
Senyum mu hilang..
Hilang dalam terbuang...

Sedekahkan Al-fatihah pada arwah Adik Nurin Jazlin

Monday, February 23, 2009

Boss

Mata boss aku macam mata si burung unta...besar matanya bila dia marah..bila dia marah jari telunjuk selalu bergerak...kalau masuk dalam lubang hidung aku yang agak-agak besar nie memang tak boleh nak bernafas..."Mata boss saya lagi besar dari mata burung unta"(Tiru sebijik macam iklan kat astro)

OrAiT Br0


Nie dia kalau nak tau tahap boring ular nie...ular pun tak boring macam aku...

Tabiat Orang Malaysia

Nie tabiat orang Malaysia yang telah aku kaji la dalam tabung uji bukan tabung haji ye...sapa lagi nak ubahkan rakyat Malaysia nie..Pak Lah ke dia pun banyak kerja lain lagi..apa-apa pun baca sendiri...


1.Banyak sekarang yang pinjam duit along
2.Banyak pulak kes cerai berai nie....
3.Malas kerja sebab itu banyak pendatang asing datang sini buat kerja
4.Sokong hiburan dari program keagamaan
5.Membeli belah pantang ada jualan murah jalan jer
6.Lepak kat kedai dari pg sampai ke ptg teh tarik dari pagi tadi tak habis-habis
7.Ada jejantas tapi tak pakai
8.Ludah
9.Sms dalam kereta
10.Bunuh diri
jadi apa-apa pun hanya kita yang akan ubah diri kita sendiri...
Bak Kata Raja Lawak Nabil"Lu pikir la sendiri".

Thursday, February 19, 2009

Saat kau pergi(Vagetoz)

Saat kau pergi
berlinanglah air mata ku
betapa singkat ku rasakan
kebahagian itu
kini lenyaplah sudah....

Tak pernah ku inginkan
perpisahan ini terjadi
ku hanya bisa merelakan
jika memang kau fikir
inilah yang terbaik...

Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diri ku
kerna ku yakin...
Mungkin semuanya
itu bisa...
membuat kau bahagia

Sepenuhnya ku menyedari
bahawa cinta itu
tak mesti harus memiliki
namun ku akan terus
selalu menyayanggi mu
Setulusnya...
hati ini...

Tak pernah aku inginkan
perpisahan ini terjadi
betapa singkat
ku rasakan
kebahagian itu..
kini lenyaplah sudah...
(solo)
saat kau pergi...
Berlinanglah air mata ku...

Lagu nie memang best kalau tak percaya cari sendiri...
kali pertama dengar nak menangis la jugak...
sebab ada kena mengena
Lagu nie khas untuk NUR AL-MIZA BINTI MOHAMAD SUHAIMI