Pasukan Bola Tampar

Pasukan Bola Tampar

Tuesday, June 23, 2009

Serba salah ku
Untuk menerima mu
Bukan tidak mencintai
Ku takut melukai

Serba salah ku
Untuk mencintai mu
Takut diri ini berdusta
Risau kau turut terluka

Mengertilah
Fahamilah
Beri aku masa
Untuk mu segalanya

Andai membaca puisi ini
Mengerti isi hati....

Thursday, June 18, 2009

Bengang

Bengang aku cara mu
Mendesak aku
Membebankan aku
Ku pikul dibahu ku...

Marah mu
Ego mu
Cari salah ku
Kau Buat aku
Dalam tekanan prasa mu

Bengangnya aku
Bingungnya aku
Yang betul
Jadi tak betul...
Memang tak teratur...

Beban dibahu
Beban dikepala ku
Sakit hati ku
Merana jiwa ku...

Aku rasa tak puas hati aku pada bos aku tu..
Celaka betul....

Akulah itu

Malam-malam sendiri
Sunyi
sepi
kau tiada disisi

Hilang tak ku cari
pengganti
Tiada di sini
Ku sendiri

Hati tak mengerti
Berdebar
Sabar
Menunggu ku pasti

Aku sendiri
Aku sepi
Siapa mahu menemani
Siapa mahu disisi

Aku tahu
Aku mahu
Aku dan aku
Akulah itu

Bakat

Aku bercita-cita nak jadi pelawak terkenal...tapi pe la harapan yang ada pada aku...nak jadi pelawak kena idea lawak yang banyak,serta lawak yang tak pernah pelawak-pelawak kat Malaysia pakai lagi...susah sekarang nak fikir selalunya lawak aku spontan ja bila lepak dengan kawan2 aku...Nak bagi orang ketawa bukannya senang...kalau pelawak dulu2 pelakon hitam putih buat memek muka dah nampak lawak dia...Tapi sekarang kena pandai bercakap sambil berlawak...pe2 pon jangan biar kentut itu berbunyi....

Monday, June 15, 2009

Aku

Aku kadang-kadang terfikir mencari pasangan hidup,tapi dalam usia aku yang masih muda nie aku rasa baik aku tak tak payah fikir sangat.Ye la aku nie sapa nak, mencari awek cun rupa tak ada.Kalau ada pun mesti perempuan tu buta sebab boleh tengok aku macam tu.Tak apa la nak buat macam mana sabar jela.Aku je lelaki tak laku...

Satu(Kami hamba mu)

Dikala sepi
Ku bersendiri
Berdiri aku
Dari sudut itu
Merasai indahnya ciptaan mu

Walaupun aku
Tak melihat mu
Namun aku
Merasai kau
Ada dalam hati ku

Hanya mampu
Tadah dan berdoa
Moga doa ku
diterima....

Jiwa ku milik mu
Hati ku milk mu
Kosong jiwa ku
Kerana sering melupakan mu
Kerana sering mengabaikan mu

Hanya kau yang satu
Tuhan ku yang satu
Aku hamba mu
Kami hamba mu

Tuesday, June 9, 2009

Janji Tinggal janji

Jam berdetik
Sesaat dihati berdebar
Aku tunggu kamu
Di bangku itu
Namun kamu
Tiada di situ

Berlalu waktu itu
Aku masih di situ
Setia ku menunggu kamu
Janji tinggal janji
Kau mungkiri...

Aku setia di situ
Terus menunggu kamu
walau aku tahu
Tak mungkin kau datang
Tak mungkin datang..

Seminit Dan sesaat lagi
Aku disini
Masih disini..
Kamu tiada disitu
Aku setia menunggu