Pasukan Bola Tampar

Pasukan Bola Tampar

Wednesday, July 8, 2009

Beratur dulu

Beratur baru teratur
Hebat bertutur
Hujah kau lemah
Cakap kau payah

Beratur dulu ikut giliran
Jangan main ikut dan
Sebat yang kau dapat
Baru kau rasa hebat...

Tuesday, June 23, 2009

Serba salah ku
Untuk menerima mu
Bukan tidak mencintai
Ku takut melukai

Serba salah ku
Untuk mencintai mu
Takut diri ini berdusta
Risau kau turut terluka

Mengertilah
Fahamilah
Beri aku masa
Untuk mu segalanya

Andai membaca puisi ini
Mengerti isi hati....

Thursday, June 18, 2009

Bengang

Bengang aku cara mu
Mendesak aku
Membebankan aku
Ku pikul dibahu ku...

Marah mu
Ego mu
Cari salah ku
Kau Buat aku
Dalam tekanan prasa mu

Bengangnya aku
Bingungnya aku
Yang betul
Jadi tak betul...
Memang tak teratur...

Beban dibahu
Beban dikepala ku
Sakit hati ku
Merana jiwa ku...

Aku rasa tak puas hati aku pada bos aku tu..
Celaka betul....

Akulah itu

Malam-malam sendiri
Sunyi
sepi
kau tiada disisi

Hilang tak ku cari
pengganti
Tiada di sini
Ku sendiri

Hati tak mengerti
Berdebar
Sabar
Menunggu ku pasti

Aku sendiri
Aku sepi
Siapa mahu menemani
Siapa mahu disisi

Aku tahu
Aku mahu
Aku dan aku
Akulah itu

Bakat

Aku bercita-cita nak jadi pelawak terkenal...tapi pe la harapan yang ada pada aku...nak jadi pelawak kena idea lawak yang banyak,serta lawak yang tak pernah pelawak-pelawak kat Malaysia pakai lagi...susah sekarang nak fikir selalunya lawak aku spontan ja bila lepak dengan kawan2 aku...Nak bagi orang ketawa bukannya senang...kalau pelawak dulu2 pelakon hitam putih buat memek muka dah nampak lawak dia...Tapi sekarang kena pandai bercakap sambil berlawak...pe2 pon jangan biar kentut itu berbunyi....

Monday, June 15, 2009

Aku

Aku kadang-kadang terfikir mencari pasangan hidup,tapi dalam usia aku yang masih muda nie aku rasa baik aku tak tak payah fikir sangat.Ye la aku nie sapa nak, mencari awek cun rupa tak ada.Kalau ada pun mesti perempuan tu buta sebab boleh tengok aku macam tu.Tak apa la nak buat macam mana sabar jela.Aku je lelaki tak laku...

Satu(Kami hamba mu)

Dikala sepi
Ku bersendiri
Berdiri aku
Dari sudut itu
Merasai indahnya ciptaan mu

Walaupun aku
Tak melihat mu
Namun aku
Merasai kau
Ada dalam hati ku

Hanya mampu
Tadah dan berdoa
Moga doa ku
diterima....

Jiwa ku milik mu
Hati ku milk mu
Kosong jiwa ku
Kerana sering melupakan mu
Kerana sering mengabaikan mu

Hanya kau yang satu
Tuhan ku yang satu
Aku hamba mu
Kami hamba mu

Tuesday, June 9, 2009

Janji Tinggal janji

Jam berdetik
Sesaat dihati berdebar
Aku tunggu kamu
Di bangku itu
Namun kamu
Tiada di situ

Berlalu waktu itu
Aku masih di situ
Setia ku menunggu kamu
Janji tinggal janji
Kau mungkiri...

Aku setia di situ
Terus menunggu kamu
walau aku tahu
Tak mungkin kau datang
Tak mungkin datang..

Seminit Dan sesaat lagi
Aku disini
Masih disini..
Kamu tiada disitu
Aku setia menunggu

Thursday, May 7, 2009

Gambar Menarik Di Sungai Kedondong
















































Nie gambar diambil sewaktu Kami berada di Sungai Kedondong...Memang best air terjun dia klu berani datang la cnie







Tuesday, April 28, 2009

Wonderpet...kami datang

Kartun nie memang best la...Anak buah aku yang kecil tu selalu layan kartun nie,Memang layan giler....Wonderpet dianggotai ting-ting,tuck dan ming-ming mereka membantu haiwan-haiwan yang dalam kesusahan tak kira apa jua keadaan,dengan menaiki jet mereka tu merata mereka pergi...Kami tak kuat bila berkerjasama semua jadi mudah....wonderpet2 kami datang

Sunday, April 12, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin(Semsira)

Nie la lambang sekolah aku.Sape2 yang kenal logo sekolah nie carilah aku,aku rindu zaman sekolah menengah. Kat situ aku kenal apa erti persahabatan,persaudaraan dan kerjasama.Pada cikgu-cikgu yang kenal saya Adli murid kelas 4 fitrah tahun 2002,Saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada cikgu Sabariah yang mengajar mata pelajaran sains dan lain-lain cikgu yang dah lupa la namanya..Nie lagu sekolah yang aku ingat

Semsira
Syukur kepada Tuhan
Kami anak berwawasan
Akhlak mulia jadi pedoman
Matlamat diri jadi sanjugan

Kami berikrar dan berjanji
Akan berbakti dan berjasa
pada diri dan keluaga
kepada bangsa dan negeri

Alamak dah lupa la...
Lagu nie ada kat kulit buku latihan kat muka surat belakang...
Pada Kawan sekelas dengan aku...
Farhana,Fatimah,Farah,sarah,Nurul Amal,Mat Nu(Sanusi),Pon Seman(Saiful Abu Seman),Paq(Khairul Gafar),Pak Din(Nasruddin),Tan Wei Ping dan pada team Ragbi sekolah semoga akan terus menjadi lagenda sukan ragbi negeri Perlis.Kita dan pernah dapat emas sukma penang.Pada kawan-kawan yang aku dah lupa sebut kalian tetap dalam ingatan aku..Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin Perlis akan segar Diingatan....
Semsira.....
Semsira.....
Semsira.....

Wednesday, March 25, 2009

Akhir

Malam-malam ku tak terlena
Bisakah itu jadi tanda
Maka berakhirlah semua
Hapuslah segala yang tercipta

Ku akhiri...
Yang terpendam sendiri
Bukan ku pinta
Namun mungkin nanti terjadi
Siapa yang ku cinta
Benar ku dilema...

Bermula pasti berakhir
Namun sukar
ku bersabar...

Sepi ratapi sunyi
Disini ku sendiri
Bawa jauh diri ini pergi
cinta ku cinta mati
Ku harap ada yang mengerti...

Wednesday, March 11, 2009

Izinkan aku

Aku datang memberi cinta ku
Tuk kau sambut cinta ku
Setulus jiwa ku
Seikhlas hati ku

Izinkan aku
Menatapi pilu mu
Izinkan aku
Mengisi ruang dihati mu...

Ku akan membawa mu
Ke alam hidup ku
Akan tercipta bahagia bersama
Akan terpatri satu cinta
Hanya kita berdua merasainya...

Izinkan aku
Mencintai diri mu
Izinkan aku
Menyayanggi mu...
Izinkanlah aku...

Kejamnya Kau datang(Stunami)

Dia datang tak diundang
Sekelip mata semua hilang
Berlari anak lintang pukang
Apa yang terjadi begitu saja
Seolah menerima seadanya

Musnah,hancur tembok batu
Tiada kekal begitu
Berkecai,berbelah retak seribu
Akibat nafsu beribu
Dibiar kaku tanpa dibantu

Kelam kabut jiwa manusia
Kerana gigitan syaitan semata
Parut hitam berbekas lama
Mengaburi mata menguris cinta
Dibiar dalam tajuk cerita

Kini dia jauh pergi
Dibiar kekal kesan abadi
Dia pergi tak dihantar pulang
Kerananya habis kecundang
Kemusnahan tidak terbilang

Tsunami kejamnya kau datang

Thursday, March 5, 2009

Malaysia Negara ku

Negara ku,
Rela ku berjuang
Rela ku kecundang
Rela ku berair mata
Hanya kerana mu Malaysia
Negara ku yang tercinta
Hanya kau semangat ku...
Negara ku,
Rela ku pertahankan
Tak rela diri mu diperdagangkan
Hanya diri mu aku sayangkan
Rela ku bermati-matian
Negara ku perjuangan ku
Negara ku maruah bangsa ku
Rela ku pertahankan agama
Bangsa ku akan ku bela
Tanahair ku pertahankan
Sehingga keakhirnya..
Malaysia...

Maafkanlah(kita Saudara)

Bila keriuhan
Ku terasa teramat singkat
Bersama bermesra gelak ketawa
Bergurau senda berkongsi cerita
Kita semuanya saudara

Berat untuk kaki melangkah
Namun takdir Tuhan kita berserah
Andai masa diputar kembali
Disini kita mengenali diri...

Maafkanlah,
Jika terkasar bahasa
Maafkanlah,
Andainya terasa
Kita manusia...
Tiada yang sempurna
MAAFKANLAH...

Tuesday, March 3, 2009

Coretan Hati

Lidah ku kaku
Tak mampu melafazkan
Kata cinta ku pada mu
Maafkan aku
Menguriskan perasaan mu...

Melukai hati mu
Mengganggu jiwa mu
Ku sedar kesilapan ungkapan ku
Ku sedari keliru dengan ucapan ku
Maafkan diri ku...

Biar ku pergi jauh
Dari hidup mu
Biarlah ku mengundur diri
Hati ku berkata
Tak mampu membahagiakan kamu...

Maafkanlah aku
Membiarkan kau menangis
Adalah salah ku
Membuat kau ketawa
Adalah kesilapan ku
Memberi mu harapan
Adalah ketelanjuran ku...

Mata mampu menangis
Hati hanya meronta
Jiwa menanggung derita
Andai kau masih mencintai ku

Ku tak mampu mencintai mu
Padamkanlah api cinta mu
Dikala lilin masih menyala
Padamkanlah ia untuk ku...

Thursday, February 26, 2009

Dah jumpa tapi tak nampak

Kerja aku macam biasa la,mat Despatch.Kisah nie berlaku waktu aku nak gerak pergi Petaling Jaya.Alamat syarikat swasta nie memang agak-agak pelik sikit Three 'o' clock Tango SDN BHD.Pening jugak nak syarikat tango yang satu nie.Pusing punya pusing tak jumpa lagi.Tawaf pun tak jumpa juga .Selepas itu aku pun jumpa la dengan mak cik jual goreng pisang.Aku sebenarnya malu nak tanya tapi sebagai MAT DESPATCH yang berjaya aku pun tanya kat dia...

Aku:Mak Cik boleh saya tanya tak?Alamat nie kat mana?
Mak Cik:Oo...Alamek nie sonang jo...nie hah ket dopan nia hah..apo ekau buto ko..
Aku:Ye ke..alamak dah tiga kali tawaf pun tak jumpa..mak cik sekejab jer dapat jumpa..
(dengan control jamu dan remote control aku pun pergi dari mak cik dengan wajah yang ketat)


Tu jer citer aku...sebagai Mat despatch kena tau semua alamat kat kawasan lembah klang dan k.l nie...

Terpatri abadi

Kau beri ku kekuatan
Menempuh sirna kehidupan
Kau ibarat nur dihati
Kekal terpatri abadi

Cinta ku takkan mati
Selagi hayat disini
kau ku cintai
Malam-malam ku sunyi
Tanpa kau menemani...

Doa ku moga
Kekal berdua
Kasih yang tercipta
Aku mendambakan cinta..
Buat selamanya bersama....

Nama mu kekal terpatri
Tersimpan erat dalam hati..
Takkan dicari lagi...
Mengertilah perasaam ini....

P/s:kejarlah cinta selagi ada...

Terlepas cinta


Maafkan aku
Lambat melafazkan cinta
Lama ku simpan
Terus menjadi beban

Tertanya...
Tertunggu...
Haruskah aku
Yang akan mulakan dulu..

Memang aku cinta kamu
Memang aku sayang kamu
Kini aku terlambat
Sungguh sudah tak sempat

Ku terlepas cinta
Ku kejar cinta
Yang tak dapat...
Memang aku takut....

Dikala lilin menyala

Ku dihimpit memori lalu
Lantas membinasakan diri ku
Perjalanan hidup...yang hitam
Lalu ku genggam
Menjadi abu yang berdebu

Ditirai besi ini menghulur kaku
Tak berdaya...menmbinasakan aku
Dikala lilin menyala
Masihkah ada harapan
Segalanya mengharap harapan....

Tuhan maafkanlah dosa ku
Yang pernah kaku dilorong berdebu
Yang pernah melupakan sejadah
Penyesalan yang tak sudah
Hati ku hitam
Jiwa ku legam
Perasaan ku suram

Kini ku tak mampu
Hanya berserah pada mu
Tuhan yang satu
Dikala lilin menyala
Masihkah ada...
Harapan yang menyala
Dalam tirai senja.....

Wednesday, February 25, 2009

karim lari karim(Maknyah yang dah tak nyah)

Kisah nie berlaku pada tahun 2007,aku dah lupa tarikh dia...waktu tu motor aku pancit kat jalan Chowkit k.l tepi jalan la ...takkan nak dok kat tengah kot..kena langgar sia-sia jer .Waktu tu dalam pukul 11 malam,waktu tu ada 2 orang maknyah dok berniaga ala macam tak faham pulak.Pada waktu yang sama ada JAIS buat serbu kat situ.Maknyah yang pertama nie lari lipat skirt dia dah macam hero filem tamil sambil menjerit kat kawan dia ''Karim lari Karim"ambil kau terkeluar suara jantan dia,tadi bukan main kontrol ayu.Aku yang tengah bukak tayar motor terguling-guling ketawa..

Mimie



Lagu ini ku tuju khas buat kamu

Syed Mana Syed

Aku ada kawan,dia kerja kat tingkat 4 satu office dengan aku,dia selalu hilang, kerja mat despatch macam aku jugak...satu hari bos dia cari dia waktu tu dia kerja dengan aku kat bawah,bila boss dia cari dia..kawan-kawan dia cakap dia ada kat bawah,bos dia pulak cari dia kat bawah meja ingat dia tidur,padahal dia ada kat bawah tingkat 3 dengan aku...syed mana syed.....

Senyum

Senyum mu penyeri
Kurniaan ilahi
Tenang ku berhari-hari
Melihat kau berlari

Ku rasa sempurna
Kau membesar didepan mata
Kejar cita-cita mu
Selagi tiada yang ragu...

Kini senyum mu tiada lagi
Tiada yang tinggal lagi
Senyum mu hilang..
Hilang dalam terbuang...

Sedekahkan Al-fatihah pada arwah Adik Nurin Jazlin

Monday, February 23, 2009

Boss

Mata boss aku macam mata si burung unta...besar matanya bila dia marah..bila dia marah jari telunjuk selalu bergerak...kalau masuk dalam lubang hidung aku yang agak-agak besar nie memang tak boleh nak bernafas..."Mata boss saya lagi besar dari mata burung unta"(Tiru sebijik macam iklan kat astro)

OrAiT Br0


Nie dia kalau nak tau tahap boring ular nie...ular pun tak boring macam aku...

Tabiat Orang Malaysia

Nie tabiat orang Malaysia yang telah aku kaji la dalam tabung uji bukan tabung haji ye...sapa lagi nak ubahkan rakyat Malaysia nie..Pak Lah ke dia pun banyak kerja lain lagi..apa-apa pun baca sendiri...


1.Banyak sekarang yang pinjam duit along
2.Banyak pulak kes cerai berai nie....
3.Malas kerja sebab itu banyak pendatang asing datang sini buat kerja
4.Sokong hiburan dari program keagamaan
5.Membeli belah pantang ada jualan murah jalan jer
6.Lepak kat kedai dari pg sampai ke ptg teh tarik dari pagi tadi tak habis-habis
7.Ada jejantas tapi tak pakai
8.Ludah
9.Sms dalam kereta
10.Bunuh diri
jadi apa-apa pun hanya kita yang akan ubah diri kita sendiri...
Bak Kata Raja Lawak Nabil"Lu pikir la sendiri".

Thursday, February 19, 2009

Saat kau pergi(Vagetoz)

Saat kau pergi
berlinanglah air mata ku
betapa singkat ku rasakan
kebahagian itu
kini lenyaplah sudah....

Tak pernah ku inginkan
perpisahan ini terjadi
ku hanya bisa merelakan
jika memang kau fikir
inilah yang terbaik...

Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diri ku
kerna ku yakin...
Mungkin semuanya
itu bisa...
membuat kau bahagia

Sepenuhnya ku menyedari
bahawa cinta itu
tak mesti harus memiliki
namun ku akan terus
selalu menyayanggi mu
Setulusnya...
hati ini...

Tak pernah aku inginkan
perpisahan ini terjadi
betapa singkat
ku rasakan
kebahagian itu..
kini lenyaplah sudah...
(solo)
saat kau pergi...
Berlinanglah air mata ku...

Lagu nie memang best kalau tak percaya cari sendiri...
kali pertama dengar nak menangis la jugak...
sebab ada kena mengena
Lagu nie khas untuk NUR AL-MIZA BINTI MOHAMAD SUHAIMI